Mahkamah Sesyen Sepang hari ini mengenakan denda sebanyak RM30,000 terhadap pelakon popular, Zul Ariffin atas kesalahan memuat naik kandungan video bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Kandungan tersebut merupakan ‘teaser’ daripada sebuah drama bersiri Perempuan Itu yang mendapat kecaman dalam kalangan warganet.
Ia turut mengundang perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkannya sebagai ‘melampau’.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jijik Sial!” – Aksi Ghairah Dan Berahi Ala Porno Zul Ariffin Cetus Polemik Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN: “Babak Panas Zul Ariffin Itu Sekadar Publisiti” – Pengarah Minta Henti Kecam Erma Fatima
Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia 1998.
Hadir seawal jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam di perkarangan mahkamah, pelakon berusia 36 tahun itu turut diiringi wakil peguam dan rakannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Akan Lebih Waspada” – Zul Ariffin Buka Mulut, Minta Maaf Isu Adegan Melampau
ARTIKEL BERKAITAN: Jakim Gesa Dua Kementerian Ambil Tindakan Tegas Tangani Isu Panas Zul Ariffin
Klip video sedutan drama itu sebelum ini menjadi polemik selepas Zul memuat naik video berkenaan di Instagram bagi tujuan promosi.
ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Disiasat Pihak Berkuasa Di Bawah Akta Komunikasi Multimedia
ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Disoal Siasat SKMM Selama 2 Jam, Beri Keterangan Fasal Adegan Berahi
Adegan panas dalam video itu mengundang amarah rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam kerana drama itu dimaklumkan akan disiarkan semasa Ramadan. – BOOM!
ARTIKEL BERKAITAN: “Dipuji Pun Saya Tak Peduli, Inikan Pula Jika Dikeji” – Zul Ariffin Tak Hadap Kritikan Artis
ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Kelakar…” – Berani Lakon Babak Panas Dengan Zul Ariffin, Siti Hariesa Tak Menyesal