Pelakon Zul Ariffin menjelaskan, dia memilih untuk megaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya secara rela hati.
Menurutnya, dia mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Yang lain semua terlibat malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa,” katanya berbaur sinikal ketika ditemui media prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini.
“Saya Akan Lebih Waspada” – Zul Ariffin Buka Mulut, Minta Maaf Isu Adegan Melampau
Zul Ariffin berkata, sebagai pelakon dan selebriti, setiap tindak-tanduk akan menerima akibatnya dan menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati di media sosial.
“Saya tahu salah saya sebab memuat naik hantaran. Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana.
“Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh,” katanya.
Dia didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas kesalahan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat sumbang pada Mac lalu.
Zul turut memilih membayar denda bagi mengelakkan dia dipenjara selama sembilan bulan.
Selain beberapa peguam, antara yang turut kelihatan menemani Zul ialah penerbit, Gayathri Su-Lin Pillai. – BOOM!
“Jijik Sial!” – Aksi Ghairah Dan Berahi Ala Porno Zul Ariffin Cetus Polemik Di Media Sosial