Cuba meredakan suhu panas yang sedang membahang dalam industri hiburan tempatan, Zul Ariffin hari ini menerusi Instagram tampil memohon maaf atas kekhilafan dilakukannya baru-baru ini.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons berhubung klip video yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan akibat tindakan memuat naik video berkenaan.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk tujuan promosi,” tulisnya di ruangan IG Story.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Jijik Sial!” – Aksi Ghairah Dan Berahi Ala Porno Zul Ariffin Cetus Polemik Di Media Sosial
Terdahulu pada minggu lalu, kecoh di media sosial memperkatakan tentang adegan lampau ala filem porno yang dilakonkannya bersama pendatang baharu, Siti Hariesa. – BOOM!
ARTIKEL BERKAITAN:
“Babak Panas Zul Ariffin Itu Sekadar Publisiti” – Pengarah Minta Henti Kecam Erma Fatima