Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelakon Zul Ariffin akan disiasat pihak berkuasa susulan terkait kontroversi video ghairah lakonannya baru-baru ini.
Beliau berkata, pelakon terbabit disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran video dikongsikannya bagi tujuan promosi drama baru yang dibintanginya.
“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan di siasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana hantaran (Instagram) yang menyalahi undang undang.
“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain.
“Jagalah nilai dan budaya,” kata Annuar melalui Twitter hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Saya Akan Lebih Waspada” – Zul Ariffin Buka Mulut, Minta Maaf Isu Adegan Melampau
Klip video sedutan drama terbaru berjudul Perempuan Itu mengundang kemarahan umat Islam selepas Zul memuat naik video berkenaan di Instagram atas tujuan promosi sempena menyambut Ramadan.
Turut muncul dalam drama berkenaan ialah pelakon baru Siti Hariesa. – BOOM!