Kapten pasukan bola sepak Bamber Bridge iaitu Macauley Wilson ditarik seluarnya oleh rakan sepasukan, Paul Dawson ketika ditemu bual oleh media sukan.
Dalam insiden tersebut, pasukan Wilson baru saja tewas kepada skuad South Shields yang bersaing menerusi Liga Perdana Utara pada Sabtu lalu dan sedang menjalani rakaman temu bual.
Menonton klip tersebut, Wilson bagaimanapun mendapat pujian sementelah dia kelihatan profesional meneruskan proses temu bual walaupun sedang dirakam.
Wilson dipuji kerana bersikap tenang walaupun menjadi mangsa gurauan nakal Dawson, malah tersenyum sebelum beredar.
Can never trust @paul_dawson7 , done me a Gooden here ???????????????????????????????? pic.twitter.com/rvNuduZfff
— Macauley Wilson (@Macauley_Wilson) March 20, 2022
Turut kedengaran rakan-rakan sepasukannya yang berada di dalam bas bersorak sambil mentertawakannya. – BOOM!