Seperti sedia maklum, kedua-dua isteri jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin iaitu Datin Zalina Zaini dan Fyna Jebat sudah menarik semula laporan polis berhubung insiden pergaduhan di sebuah premis makanan.
Rentetan itu Fyna ketika ditemui BOOM! berkata, dia amat bersyukur memandangkan hubungan tegang dengan madunya kini sudah jernih.
BACA: “Fyna Senyap Sebab Tak Nak Ganggu Siasatan Polis” – Ayda Mohon Maaf Bagi Pihak Adiknya
Kata Fyna, dia dan Zalina sepakat untuk berbaik selain memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan mereka di sisi suami tercinta.
BACA: Insiden Diserang Madu, Fyna Jebat Enggan Komen Serahkan Kepada Pihak Berwajib
“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.
“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami,” ujarnya.
[VIDEO]Fyna berkata demikian sewaktu hadir di sebuah majlis pelancaran produk kosmetik di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Syafinaz Jebat menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu, namun terhalang disebabkan kekangan kerjaya.
BACA: Akibat Salah Faham, Dua Madu Bekas Bintang Bola Sepak Legenda Negara Berkelahi Di Restoran
“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya terkekang dengan jadual kerja yang padat.
“Tetapi di sebelah pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” ulasnya berseloroh.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pergaduhan dengan isteri pertama suaminya.
BACA: Adik Penyanyi Popular Dilamar Bekas Pemain Bola Sepak Legenda, Berkahwin Dalam Diam?
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam). – BOOM!