Susulan kemelut rumah tangga dihadapi antara suami dan madunya, nama Miera Liyana secara tidak langsung turut sama menjadi bualan umum.
Ramai yang mendakwa bahawa Miera adalah punca suaminya, Rosland Othman memfailkan permohonan cerai terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.
BACA: “Jangan Nak Gila Glamor, Satu Hari Nanti, Akan Kantoi Juga Kebenaran!” – Miera Leyana Bersuara
Lantaran itu, Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi memuat naik beberapa hantaran di Instagram seolah-olah mempertahankan dirinya.
Malah, pelakon asal Johor Bahru itu juga berharap agar semua pihak berhati-hati dengan fitnah akhir zaman selain perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.
BACA: Madu Miera Leyana Berkeras Enggan Cerai – “Ikatan 28 Tahun Ini Harus Dipertahankan!”
Dalam pada itu, Miera turut berkongsi respons dan kata-kata semangat daripada netizen buat dirinya.
BACA: Tekad Pertahankan Masjid Dibina 28 Tahun, Madu Miera Leyana Tuntut Suami Lebih Adil
Terdahulu, Adibah bertegas mahu mempertahankan rumah tangganya bersama Rosland meskipun perkahwinan mereka dilanda badai sejak suaminya berkahwin dengan Miera pada tahun 2020.
Rentetan itu, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Pada 31 Januari lalu, Rosland juga gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. – BOOM!