Bekas bintang bola sepak terkenal negara yang baru-baru ini menjadi tumpuan selepas berkahwin kali kedua, sekali lagi terpalit dalam kontroversi apabila kedua-dua isterinya dilaporkan bertengkar di sebuah restoran.
Difahamkan, pertelingkahan antara isteri pertama dan keduanya itu disebabkan salah faham yang terjadi antara mereka.
BACA: Berang Disindir Menerusi Program Realiti TV Punca Isteri Pertama Serang Dan Tarik Rambut Madu
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu hari ini.
“Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam),” katanya. – BOOM!