Hari ini media dikejutkan dengan desas-desus mengenai berita pernikahan seorang pemain bola sepak legenda 90-an dengan adik seorang penyanyi dan pelakon popular.
Beliau yang juga bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih dikatakan berkahwin kali kedua dengan seorang artis wanita berusia 29 tahun.
Menurut laporan Harian Metro, artis tersebut juga merupakan adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.
Difahamkan pasangan terbabit berkahwin baru-baru ini namun hanya diketahui oleh individu dan ahli keluarga terdekat saja.
“Jurulatih berkenaan pernah mengendalikan beberapa pasukan utama Liga Super dengan kali terakhir membabitkan kelab berpangkalan di utara tanah air.
“Malah, jurulatih berkenaan cukup terkenal kerana beliau adalah bekas pemain kebangsaan era 90-an dengan ketangkasannya di atas padang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
“Wanita berkenaan pula dikenali umum kerana pernah menyertai program realiti televisyen syarikat swasta dan memenangi tempat ketiga,” katanya.
Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada tahun 80-an dan dikurniakan tiga anak. –JURNAL
Sumber: Harian Metro