Sejak semalam nama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) menjadi bualan netizen selepas muncul dalam iklan produk makanan popular.
Rata-rata yang menonton iklan tersebut terhibur melihat gelagat KJ yang mengelilingi kampung menaiki motosikal sambil menjual daging kambing.
Tidak kurang juga yang memuji bakat lakonan dimiliki KJ dan mengimbas kembali filem pendek berjudul Inspektor Mastura pada tahun 2013, yang menampilkan beliau sebagai penjual ayam percik.
Selain produk makanan tersebut, KJ turut berkongsi hantaran di laman sosialnya.
“Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu. Kambing untuk rakyat! Citarasa hotel, harga warung,” katanya.
Kagum dengan sikapnya yang merendah diri dan mesra rakyat, perkongsian itu telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
Malah, ada juga yang meluahkan rasa terhibur melihat KJ yang semakin ligat dan selesa menceburi pelbagai cabang dalam industri hiburan tanah air. – BOOM!