Aktres remaja berbakat besar, Puteri Balqis hari ini menerusi akaun media sosialnya mengumumkan akan berhenti menjadi selebriti kerana mahu bergelar netizen sepenuh masa.
Coretnya, dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia selebriti yang diceburinya sejak usia kecil selama dua hari supaya fokus menghadap media sosial.
Memetik kenyataan yang dikongsikannya dalam posting.
“Puteri Balqis mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia selebriti selama dua hari.
“Dan dia telah bertekad untuk menjadi netizen sepenuh masa sepanjang tempoh dua hari tersebut.
“Ikuti pengembaraan beliau, secara kamikaze terjah ke akaun media sosial Joe Biden,” tulisnya di atas lampiran tangkap layar memaparkan konversasinya bersama puak penyokong zionis di ruangan komen sebuah hantaran.
Berdasarkan perkongsian perbualannya dengan golongan berkenaan dipercayai di laman akaun Facebook milik Biden, pelakon tersebut menceritakan pengalaman dilaluinya sebagai netizen tegar yang menyerang hujah-hujah zionis di ruangan komen.
https://www.instagram.com/p/Cy2VYAAR_oa/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Bahkan boleh dilihat pada syot layar yang dipaparkan, segelintir individu sempat mempertikaikan tentang identitinya sama ada masih budak ataupun sudah remaja.
Pada masa sama, Balqis turut terhibur membaca penghujahan mengarut dan merepek yang cuba disuarakan puak terbabit sehinggakan topik perbualan yang asalnya bercakap tentang kekejaman Zionis tiba-tiba boleh bertukar ke kisah percintaan.
Bukan itu sahaja, Balqis turut dilihat menghamburkan kata-kata makian terhadap golongan rejim di sana yang cuba menunjukkan kebodohan sendiri apabila bertanyakan soalan tidak masuk akal.
“Balqis seorang yang baran. Maka apabila dia ditanya soalan bangang, jawapan yang dibalas memang agak sensitif.
“Boleh pula orang tu tanya Balqis di mana letaknya lokasi penahanan rakyat Palestin seandainya benar dakwaan ke atas mereka.
Balqis melepaskan saja kata-kata yang tidak berlapik kerana geram.
“Pala banaa kau, manalah aku tahu. Bingai kau ni!” responsnya kepada ajuan sarkastik individu dangkal itu.
Meninjau komen pengikut Balqis dan warganet lain, ada antara mereka yang sangat mengagumi semangat ditunjukkan bintang tersebut, malah turut menyifatkan dia memiliki sisi humor yang tidak pernah disangkakan.
Rata-rata berpendapat, Balqis bukan sahaja berani, malahan terserlah kebijaksanaannya berkata-kata meski ramai sedia maklum bahawa pelakon kanak-kanak terbaik itu pernah diduga ujian besar melibatkan keluarga dan kehidupan. – BOOM!