Pasangan pelakon terkenal Bollywood, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor telah dikurniakan cahaya mata perempuan hari ini.
Pagi tadi, Alia dan Ranbir hadir ke Hospital HN Reliance di Mumbai untuk proses bersalin.
Turut sama di hospital berkenaan bagi menemani pelakon yang memulakan debutnya dalam bidang lakonan menerusi filem Student Of The Year itu adalah ibu kandung serta mentuanya.
BACA: Cuma Berkemeja Sambil Baring Di Atas Katil, Alia Bhatt Terpaksa Lupakan Sambutan Diwali
Kehadiran cahaya mata sulung daripada dua nama besar Bollywood terbabit sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mereka di seluruh dunia.
Alia dan Ranbir juga sempat mempromosikan filem lakonan mereka bersama iaitu Brahmastra yang ditayangkan pada September lalu ketika aktres tersebut sedang sarat hamil.
Sewaktu perayaan Diwali yang lalu juga Alia dilihat sekadar berehat di rumah dan berbaring di atas katil tanpa memakai pakaian tradisional yang sinonim dengan perayaan cahaya itu.
Pasangan merpati dua sejoli itu telah berkahwin pada 14 April 2022 selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. – BOOM!