Bekas anggota VE, Lah Ahmad tampil bersuara mengenai kelantangan Damian Mikhail kerana memberi kritikan yang menjatuhkan seseorang, bukannya membina.
Lah dalam satu kenyataannya mengakui sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini rakan-rakannya dan mendoakan VE di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV-9).
BACA: “Terima Kasih Zaf, Lah Dan Shah” – VE Hargai Sokongan Positif Bekas Anggota Asal
Katanya, tiada masalah untuk Damian berkongsi pendapat, namun biarlah kritikan tersebut sesuatu yang positif, bukan sebaliknya.
Menurut Lah, sebagai bekas ahli kumpulan VE, Damian sepatutnya memberi sokongan dan mendoakan perjuangan mereka.
Pandangan jejaka tinggi lampai itu turut mendapat sokongan daripada peserta GV-9 sendiri iaitu Jaclyn Victor yang mengakui kehebatan VE.
BACA: Didakwa Bukan Ahli ‘Original’ Bertanding Di GV, VE Tak Ada Masalah Dengan Damian
“Saya sokong VE di pentas GV-9. Mereka semua sangat bagus dan sangat menyukai persembahan dan bakat setiap seorang,” ulasnya terhadap status dimuat naik Lah.
Bukan Jaclyn sahaja, malah di ruangan komen, warganet rata-rata bersetuju dengan kenyataan disuarakan kedua-dua artis berkenaan.
Terdahulu, Damian pernah mengatakan dia tidak bersetuju dengan penglibatan penyanyi senior dalam program realiti yang diberikan elaun mingguan, selain diminta melakukan persembahan lari daripada gaya asal artis terbabit. – BOOM!