Personaliti terkenal dunia perubatan, Dr Amalina tampil memberikan penjelasan mengenai kaedah pantang diamalkannya selepas bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia.
Dia mengulas isu tersebut setelah ditanya oleh beberapa pengikut media sosial di ruangan Ask Me A Question di Instagram sama ada benar atau tidak dia sengaja pecahkan tradisi orang Melayu dalam berpantang.
“Adakah anda cuba pecah tradisi pantang Melayu?” soal seseorang.
Rentetan itu, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia menjaga dirinya berdasarkan bukti saintifik dan nasihat doktor serta menyifatkan setiap orang mempunyai pilihan sendiri.
“Setiap orang berhak pilih. Anda tidak boleh mengharapkan orang lain turuti semua yang anda mahukan.
“Ini cara saya untuk memperkasakan wanita dalam membuat keputusan sendiri dan memilih yang terbaik untuk diri mereka dan bayi, memahami tubuh badan serta anatomi supaya berasa gembira dan tidak tertekan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut berpendapat kaedah pantang Melayu adalah tidak wajib untuk dilakukan, asalkan seseorang mengamalkan gaya hidup yang sihat sepanjang hayat – BOOM!