Kata-kata ditinggalkan pelakon Afiq Muiz di ruangan entri Instagram milik Datin Seri Umie Aida kepada pendakwah sensasi, Syed Iqmal mencetuskan tanda tanya.
Ia susulan perkongsian Umie berhubung majlis pertunangan Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, yang dimuat naik baru-baru ini.
Afiq berkata, Syed perlu memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Ingan pesan aku Syed, perempuan ini bukan mainan. Semoga selamat hendaknya,” tulisnya.
Tambahnya, Syed yang juga penyanyi itu wajar bertindak rasional terhadap apa jua rintangan pada masa depan.
“Fikir-fikirkan sebelum menjadi selepas,” katanya.
Syed melangsungkan pertunangannya dengan pengacara TV AlHijrah, Hana Ismail dalam satu majlis pada 16 November lalu.
Terdahulu, pada Mei, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan peserta program Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat itu terhadap dua pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang penuntut kolej swasta. – BOOM!