Anak sulung kepada aktres Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan mengalami patah tangan kanan ketika bermain bola sepak di sekolah.
Menurut Rita, kecederaan dialami Ryan akibat dibentes oleh pemain lain lalu menyebabkan anaknya itu jatuh.
Ryan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan untuk rawatan.
Rita berkongsi mengenai insiden tersebut menerusi hantaran di Instagram.
“Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. Insya-Allah boleh main lagi bukan patah kaki.
“Mommy (Rita) cakap kat dia, ‘Ryan… Uncle Yus, Uncel Gee, Pak Teh Amran, Pak Tam Jad main bola, jatuh berguling kena tackle tapi tak ada patah tangan.
“Dia tanya balik, ‘macam mana dorang buat?’ (Rita gelak) Tu nanti, Ryan jumpa dan tanyalah,” seloroh aktres berkenaan.
Dalam hantaran yang sama juga, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada barisan perubatan yang membantu anaknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Rita juga sempat memberi kata-kata semangat kepada Rayyan agar lekas sembuh agar dapat segera kembali ke sekolah dan bermain bola sepak.
“Cepat baik ya, nanti boleh pergi ke sekolah dan main bola lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, ada juga segelintir warga maya yang bertanyakan tentang bekas suaminya, Aidil Zafuan dan keberadaan pemain bola sepak itu di kala anaknya dimasukkan di hospital.
Tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas suami, Rita memohon agar orang ramai berhenti memetik nama Aidil, apatah lagi dia dan anak-anak kini selesa memilih kehidupan yang lebih tenang.
“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’, sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?
“Adoi… sudah-sudah la tu korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang?
“Tak ada kan? 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah la, nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” luahnya.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008, namun mereka bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12. – BOOM!