Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ya, Saya Dah Bernikah Sekali Lagi” – Azlee Khairi Pilih Kru Penerbangan Jadi Isteri

01/02/2022
Abang DeebyAbang Dee
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
“Ya, Saya Dah Bernikah Sekali Lagi” – Azlee Khairi Pilih Kru Penerbangan Jadi Isteri

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Selepas setahun bernikah, aktor Azlee Khairi akhirnya mengesahkan yang dia sudah berkahwin buat kali kedua.

Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 itu telah bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.

Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.

Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.

 “Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tidak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah, perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun berlangsung secara atas talian dan cuma membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya.

Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke-33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.

“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar-gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.

Azlee bersama keluarga barunya

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun kerana situasi semasa, perancangan itu tergendala.

“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga,” kata pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta berkenaan. – BOOM!

Previous Post

Istikharah, Percubaan Baharu Hattan Bersama Mestica Nyanyikan Lagu Nasyid

Next Post

Harris Alif Dan Intan Ladyana Sambut Puteri Sulung, Imbau Momen Dijangkiti Covid-19

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Caprice Umum Isteri Sudah Lima Bulan Hamil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Menantu Kali Ini Tak Bangsat!” – Chef Wan Puji Kerenah Suami Baharu Serina Redzuawan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Takkan Lari Sebab Dah Sedia Jika Terjumpa” – Dalia Nafi Sindir Ubai Dan Shila Dalam Lagu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Nak Sensasi Pun Jangan Buat Fitnah!” – Erra Fazira Selar Blog Sampah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Lelaki Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noh Salleh Kini Suami Kepada Peguam | Naqiu Juara Minggu Pertama GVX | Ebit Lew Saman Mondy, Caprice

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Nak Sensasi Pun Jangan Buat Fitnah!” – Erra Fazira Selar Blog Sampah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Caprice Umum Isteri Sudah Lima Bulan Hamil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zarina Zainuddin Dedah Kekasih Azal? – “Semoga Ada Jodoh Mereka Berdua…#AzalRahmah”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noh Salleh Tamat Zaman Duda, Sah Bergelar Suami Kepada Fatin Athira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Keputusan MRI Tidak Begitu Baik, Mungkin Allah Nak Suruh Rehat” – Anzalna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Anzalna Terjatuh Di Bilik Mandi, Alami Kecederaan Dileher

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mondy Tattoo Lapor Polis Dakwa Dirogol Ebit Lew, Polis Sahkan 13 Saksi Telah Dipanggil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • [V] “Yang Orang Nampak Dia Baik, Tapi Orang Tak Tahu Jahatnya, Kotornya Dia…” – Mondy

    [V] “Yang Orang Nampak Dia Baik, Tapi Orang Tak Tahu Jahatnya, Kotornya Dia…” – Mondy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aslam, Jom Jumpa” – Danish Hakim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kau Pijak Lumat Maruah Mak Bapak Kau, Tebalkan Muka Berdepan Kami Semua…” – Kakak Misya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bekas Suami Misya Dakwa Sudah Nekad Berubah, Tetapi Tewas Kerana ‘Si Dia Kejar-kejar’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wanita Dakwa Anak Kedua Abby Abadi, Norman Hakim Penyondol, Ada Bukti Check-In Hotel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Evans Tampil Buat Kejutan Bersama Puterinya Peraga ‘Jamais Vu’, Koleksi RTW Hatta Dolmat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bawa Pelajar Tonton ‘Konsert Maksiat’, PU Syed Tegur Pengurusan Tahfiz

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Abadi Tahu Dakwaan Anak Dituduh Penyondol – “Tak Apa Sila Komen Dulu, Nanti Saya Jawab…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor, Aktres Kantoi Bercium Di Malam Merdeka…Dekat Kelab Malam Pula Tu, Berani Ya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd