Penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, Caprice mengesahkan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor untuk membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah bebas, Ebit Lew.
Menurut Caprice dia berada di IPK Selangor selama enam jam bersama Mondy Tatto dan beberapa orang stafnya.
“Semalam, kami memberi sudah memberikan keterangan berkaitan pengisian podcast yang tular. Hari pun ini ada staf saya yang dipanggil untuk memberi keterangan.
“Jadi, kita tunggu sahaja perkembangan seterusnya,” katanya positif.
Mengulas mengenai Podcast melibatkan Mondy, Caprice yakin wanita tersebut berkata benar.
Belajar dari pengalaman lalu (isu Gaza), Caprice tidak mahu bertindak terburu-buru kali ini dan lebih bersedia.
Caprice turut mendakwa mempunyai segala bukti kukuh berhubung pendedahan gangguan seksual dialami Mondy, termasuk meminta wanita itu menandatangi perjanjian sebelum membuat pendedahan di podcast kendaliannya.
“Kali ini kami lebih bersedia. Ketika Mondy menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, kami sudah rakam perbualan secara senyap kerana waktu itu pun dia sudah mula berkongsi serba sedikit apa yang dilalui.
“Jika semua ini pembohongan, saya tidak akan buang masa buat laporan polis dan pergi sejauh ini. Kalau nak kata saya bayar, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya seperti wanita bertudung, alim, atau penghafaz al-Quran. Itu lagi mudah masyarakat percaya.
“Tapi wanita yang saya bantu ini bertatu dan kasta rendah di Indonesia. Buat apa saya nak seksa diri, keluarga untuk bela orang yang dari kasta rendah,” katanya.
Caprice ditemui pada majlis pelancaran suplemen lelaki ThorX di, JW Marriot Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Kelmarin Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.
BACA: Dakwa Difitnah, Ebit Lew Buat Laporan Polis
Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.
Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.
Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini. – BOOM!