Pelakon Anzalna Nasir hari ini berkongsi perkembangan keputusan selepas menjalani Pengimejan Resonan Magnet (MRI) baru-baru inu.
Anzalna menerusi perkongsi si Instagram (IG) berkata, keputusan yang diperolehi tidak begitu baik.
Dalam masa sama dia turut mengucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakannya.
“Just to update, MRI scan results not so good. Mungkin Allah nak bagi Anzalna rehat sekejap. Terima kasih kepada yang mendoakan. Doa kalian is important for me, Insya-Allah,” katanya.
Pada Sabtu lalu, Anzalna dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas terjatuh di bilik mandi.
Dia turut menjalani prosedur MRI bagi mengenal pasti sebarang kecederaan serius yang berlaku di bahagian leher. – BOOM!