Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati netizen supaya tidak mencampuri urusan peribadi orang lain sehingga berkata perkara-perkara yang melampaui batas dan tidak menjaga perasaan mereka yang sedang melalui dugaan dalam hidup.
Sharnaaz menerusi siaran langsung di Instagram berkata demikian ketika ditanya penonton mengenai penceraian bekas isterinya Noor Nabila dan suami, Engku Emran semalam.
Tegur Sharnaaz, jangan berlebih-lebihan berkata tentang orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
“Kadang-kadang kita manusia ini jangan duk sibuk hal orang. Hal kita pun belum tentu lagi, Tuhan pun duk tulis juga hal kita punya. Jangan terlampau ‘over’ nak cakap ‘oh dia jadi macam ini, dah agak dah akan jadi macam itu’.
“Hang tak sedar ke Tuhan pun tengok. Tuhan akan balas semula orang yang kutuk orang lain. Apa saja yang kita cakap fasal orang, mungkin akan kena balik kepada kita,” katanya.
Dalam pada itu Sharnaaz turut menyifatkan Noor Nabila seorang wanita yang kuat dan percaya dia boleh menghadapi dugaan ini.
“Mummy Jebat okay? Dia okay… jangan risau, Insya-Allah dia okay. Strong lady (dia wanita kuat). Dia kena hadap la benda-benda macam ini. Nak buat macam mana, betul tak?
“Bukannya kita minta, kalau kita minta itu lain la… kita kena terima la. Macam aku cakap la, Tuhan bagi dekat kita macam-macam. Dia bagi kita yang best, kita buat-buat tak nampak.
“Tapi dia bagi tak best, kita nampak pula. Waktu dia bagi kita best-best itu, kita nampak tak? Kadang-kadang kita nampak tapi buat-buat tak nampak. Jadi, Tuhan tarik la sikit bagi kita pening sikit.
“Tapi Dia nak bagi la nanti sinar yang best lagi. Kita tak tahu… selalulah fikir positif,” katanya.
Semalam, Noor Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu.
Noor Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – BOOM!