Pelakon, Erysha Emyra akui trauma apabila kereta jenis Mini Cooper miliknya tiba-tiba terbakar ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
Erysha berkata kejadian ngeri tersebut berlaku terlalu pantas dan dalam sekelip mata, keretanya hangus terbakar.
Dalam kejadian pada petang Rabu itu, Erysha bagaiamanapun bersyukur kerana sempat keluar dari kereta dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Detik cemas itu dikongsi Erysha menerusi Instagram Story.
“Selamat tinggal sahabat biru ku. Terima kasih di atas jasa-jasa awak.
“Masa bomba sampai kereta saya dah rentung,” antara yang sempat dicoret Erysha. – BOOM!