Pengarah, Datuk Yusof Haslam menegaskan tidak tahu menahu berkenaan desas desus penceraian mengaitkan rumah tangga anaknya Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.
Kata Yusof, beliau sebolehnya enggan mengulas memandangkan perkara itu masih menjadi khabar angin yang kebenarannya belum disahkan.
“Terus terang saya katakan saya tak tahu tentang perkara ini. Dia (Syamsul) pun sudah lama tidak pulang ke rumah. Kalau boleh saya tak mahu ulas lanjut tentangnya.
“Apa pun sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya,” katanya.
Terdahulu, khabar angin bertiup kencang apabila sebuah portal tempatan melaporkan Syamsul dan Ira sudah bercerai.
Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada Syamsul mahupun Ira. – BOOM!
Sumber: UTUSAN MALAYSIA