Hampir dua tahun rumah tangganya dilanda badai, namun madu kepada aktres Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib bertegas mahu pertahankan mahligai yang dibina sepanjang 28 tahun.
Tidak pernah menghalang suaminya iaitu Rosland Othman untuk mengamalkan poligami, tetapi dia cuma memohon agar ahli korporat terbabit berlaku adil.
BACA: Anak Tiri Miera Leyana Dedah Sikap Bapa Selepas Berpoligami – “Kenapa Ayah Berubah?
“Saya isterinya, mestilah perkahwinan ini akan dipertahan dan diselamatkan. Malah saya tak pernah terfikir ingin menuntut cerai.
“Saya cuma mahukan seorang suami yang lebih bertanggungjawab serta adil dalam soal pemberian nafkah memandangkan itu adalah kewajipannya,” katanya selepas sebutan proses sulh di Mahkamah Syariah Putrajaya, pagi tadi.
BACA: Diabai Suami, Anak-anak Tidak Diberi Nafkah, Madu Miera Leyana Bawa Kes Ke Mahkamah
Pada masa sama, dia mendakwa suaminya yang juga ahli korporat itu hanya menghulurkan nafkah sekiranya dituntut selain diberikan melalui orang tengah.
“Kami sukar berkomunikasi kerana dia menyekat nombor telefon saya sejak 21 September 2021.
“Justeru, Rosland hanya menghubungi terus anak kami berhubung pembayaran nafkahnya terhadap mereka.
“Lagipun, saya tiada masalah untuk menyelesaikan perkara ini secara bersemuka dan berbincang dengan baik,” ujarnya.
BACA: Aktres Sondol Laki Orang Didakwa Hasut Suami Rampas Harta Isteri Pertama Dan Anak-anak
Peguam Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, peguam defenden iaitu Datuk Seri Amli Embung hadir dan memohon satu tarikh bagi dimasukkan pembelaan terhadap tuntutan.
Tambah Mohd Junid, pendaftar mahkamah menetapkan proses sulh akan disambung pada 14 April ini untuk menyelesaikan dokumentasi bagi menjawab pembelaan.
Hasil perkahwinan bersama isteri pertama, Rosland mempunyai lima orang anak manakala bersama Miera pula dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun. – BOOM!