Pelakon Jue Aziz menjelaskan spekulasi yang mengatakan dirinya baru melangsungkan pertunangan beberapa hari lalu.
Menurut Jue, terdapat salah faham tentang foto yang dikongsi kerana ia sebenarnya majlis pertunangan anak buahnya.
“Pertama sekali, Jue ingin terangkan mengenai dakwaan telah bertunang. Sebetulnya, itu majlis pertunangan anak buah.
“Jue hanya bergambar, ambil berkat kata oranglah kan… Berangan ambil gambar tak salah kan?” jelasnya.
Bagaimanapun, Jue akui terkejut dan tidak menyangka foto tersebut menjadi bualan hangat netizen.
“Tak sangka pula jadi kecoh macam ini sebab gambar itu pun tak nampak macam orang bertunang, siap pegang bunga saling bersentuhan.
“Lagipun Jue ada post sebelum itu gambar anak-anak buah ni. Alhamdulillah, Jue benar-benar menghargai doa-doa kalian.
“Manalah tahu, berkat doa-doa itu semua, ia jadi kenyataan suatu hari nanti dengan jodoh yang benar.
“Ada bagusnya juga jadi macam ni sebab ramai tanya Jue dah kahwin atau belum. Jadi isu ini dapat menjawab kekeliruan. Single lagi okey.
“Jadi kat luar sana tak payah nak kecewa sangat. Kelakar juga baca komen, betul-betul menceriakan saya.
“Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya. Jue amat menghargainya… Walaupun Jue dah lama menyepi, tak sangka masih ramai lagi mengikuti perkembangan Jue,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jue juga turut menjelaskan kekeliruan mengenai status anak angkatnya seperti dilapor sebuah akhbar.
“Keduanya, saya nak terangkan lagi sekali mengenai anak Jue, Darwish bukan hasil daripada perkahwinan yang lepas ya.
“Jue ambil Darwish sebagai anak angkat sejak Jue belum kahwin lagi. Harap selepas ini tiada lagi salah informasi yang boleh dirasakan sensitif oleh sesetengah pihak,” terangnya.
Terdahulu, nama Jue menjadi bualan selepas berkongsi foto duduk di atas pelamin seolah-olah baru sahaja melangsungkan pertunangan.
Hantaran itu sekal igus menimbulkan pelbagai spekulasi yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah.
Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014.
Bagaimanapun jodoh pasangan tersebut tidak panjang dan mengesahkan penceraian mereka pada 2019. – BOOM!