Pelakon popular, Puteri Sarah tidak akan berdiam diri selagi tiada sebarang tindakan diambil ke atas Ira Kazar oleh pihak berkuasa berhubung isu mengganggu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.
“Ramai yang tertanya-tanyakan? Saya tidak akan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan.
“Perlahan-lahan tapi pasti. Kes mahkamah memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara pada tahun depan,” ujarnya.
Malah dalam hantaran sama, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu bakal memfailkan tindakan lanjut di mahkamah syariah.
“Mahkamah syariah akan datang dan saya akan lawan.
“Kes tutup? Tidak akan sekali ya! Tak pernah terjadi lagi dekat Selangor atau Wilayah Persekutuan kes pertama berjaya, di Terengganu saja.
“Jadi jom sama-sama jadikan yang pertama di sini!,” tegasnya.
Mengakhiri entri itu, lagi Sarah berharap orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.
“Doakan sarah. Keadilan akan Justice will berpihak. Kita ada banyak saluran boleh pergi, kita ada banyak akta. Insya-Allah,” katanya lagi.
Untuk rekod, anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu siasatan susulan tindakan saman yang difailkan olehnya.
Ira yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan pasangan berkenaan telah hadir memberi keterangan pada 20 0gos lalu.
Difahamkan, Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa kepada menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. – BOOM!