Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Raya Macam Rockstar Kumpul Zamani, Rahmad, Zarul Dan 30 Rockers Legend Berbaju Melayu

29/03/2023
Fiza KamarudinbyFiza Kamarudin
in Extra, Lifestyle
Raya Macam Rockstar Kumpul Zamani, Rahmad, Zarul Dan 30 Rockers Legend Berbaju Melayu

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Seramai 30 penyanyi rock dan otai negara berjaya dikumpul MCC Lifestyle untuk sama-sama menjayakan kempen raya pada tahun ini.

Tunjang MCC Lifestyle, Muhammad Nizar Jamaludin dan Nur Hafizah Shaarani berkata, selain menggayakan busana Aidilfitri, kesemua rockers terbabit diundang khas bagi rakaman takbir raya.

Menariknya, mereka tampak bergaya memakai koleksi Rave Raya 2023 keluaran MCC Lifestyle dengan kerjasama sulung bersama jenama Hombre.

“Buat kali pertama 30 artis itu dikumpulkan bagi rakaman takbir raya dianjurkan platform perkhidmatan strim filem Melayu, Siar dengan kerjasama Hombre. Rakaman dibuat di Panggung Bandaraya.

“Kesemua artis segak memakai koleksi kerjasama kami. Antara artis yang dimaksudkan ialah Zamani Slam, Akhil Hayy, Rahmad Mega, Ameng Spring, Zarul Husin, Datuk Nash, Lan Solo dan ramai lagi.

“Tanda pagar Raya Macam Rockstar, Raya Macam Legend turut dicipta sebagai sokongan kerjasama ini,” kata Muhammad Nizar.

Tambahnya lagi, untuk tahun ini saja, jenama mereka mengeluarkan lebih 100,000 unit koleksi RAVE Raya 2023 selain kerjasama sulung dengan jenama Hombre.

Malah serentak dengan itu juga, jenama berkenaan lebih bersifat interaktif dan inovatif menawarkan MCC Lifestyle Interactive Rave Raya 2023 Lookbook untuk memudahkan pembeli membuat keputusan pembelian dengan lebih sistematik.

“Lookbook atau koleksi foto pakaian dijual ini lebih memudahkan pembeli membeli dalam talian. Ia disifat sebagai strategi promosi untuk menarik pelanggan dan membantu mereka menentukan pilihan yang lebih baik. Ia lebih ‘feel’.

“Lookbook yang bagus juga dapat membantu meningkatkan jualan. Lebih tepat kita nak bantu golongan isteri contohnya buat pilihan untuk diri sendiri, suami dan anak. Boleh tekan https://bit.ly/MCCInteractiveLookbook untuk lanjutan.

“Ada lebih 300 pilihan koleksi ditawarkan. Kita juga tawarkan polisi 90 hari jaminan pulangan wang jika pelanggan tak berpuas hati dengan pembelian. Malah khidmat penasihat fesyen juga diberikan jika ada pelanggan mahukan bantuan atau nasihat,” kata Muhammad Nizar.

Menurut Nur Hafizah pula, jenama itu memiliki tiga buah butik fizikal di Bangi Sentral, Bandar Meru Raya di Ipoh dan Dataran Austin Gong Badak, Kuala Terengganu.

Malah jenama pelopor kepada tagline Your Labuh & Longgar Specialist ini kekal bertahan di liganya tersendiri selain menawarkan 10 pilihan saiz dari XXS hingga 5XL.

“Kami belajar bidang kejuruteraan. Saya graduan Universiti of Southamptom United Kingdom dan bekerja sebagai jurutera di Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

“Suami pula graduan Universiti Teknologi Petronas. Dia juga pernah jadi jurutera di syarikat minyak popular (Petronas). Akhirnya, selepas tamat tempoh perkhidmatan wajib bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, kami memilih untuk berhenti kerja.

“Dipendekkan cerita, tumpuan kami kepada perniagaan termasuklah mengukuhkan MCC Lifestyle. Dulu jenama ini hanya dikenali sebagai MCC, tapi kami melakukan penjenamaan semula terhadap nama dan logo,” kata Nur Hafizah.

Tambah Nur Hafizah, pada 25 dan 26 Februari lalu mereka turut menyertai London Modest Runway di Excel London.

“Untuk pertunjukan fesyen di London itu kami ketengahkan 16 look bertemakan Summer Raya dan Regal Ramadan. Kami turut berpeluang membuka tiga booth di acara itu dan mendapat sambutan menggalakkan dari golongan muslim di sana.

“Malah 8 look diperagakan juga direka khas rakan kerjasama dari Paris. Kami juga berpeluang melebarkan rangkaian di situ sekali gus dalam perancangan meneroka perniagaan pakaian di Timur Tengah iaitu Jordan.

“Insya-Allah, kami dijemput ke sana untuk lawatan lapangan. Malah kos penerbangan dan pengangkutan turut ditanggung pembeli berpotensi,” kata Nur Hafizah.

Jenama yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini juga turut menaja baju raya untuk 200 orang wanita asnaf dan kanak-kanak. Majlis penyerahannya akan dibuat 10 terakhir Ramadan ini.

Tak ketinggalan, jenama ini melancarkan Blessed Beyond Belief Program bagi menaja bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Selain itu, siri 30 Hari Tadabbur Ramadan bersama Pengasas Tadabbur Centre Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman turut diterbitkan bagi siaran Instagram. – BOOM!

Previous Post

[V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

Next Post

[V] Kini Bercinta Dengan Tiko Aryawardhana, Netizen Gesa BCL Gugurkan Nama Sinclair

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Dengan Sekali Lafaz, Janna Nick Sah Bergelar Isteri Dini Schatzmann

    Dengan Sekali Lafaz, Janna Nick Sah Bergelar Isteri Dini Schatzmann

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hafidz Rosdi Sahkan Athirah | Eizlan Yusof Sertai PAS | D’Masiv Pukau Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dini, Janna Teruja Mula Fasa Baharu Kehidupan – “Kami Memang Rancang Perkahwinan Privasi…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Hadir Sebutan Semula Kes & Laporan Psikiatri, Hafidz Roshdi Okay – “Semuanya Baik-Baik Saja…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saiful Kini Dikenali Sebagai Saifulina, Bekas Peserta Malaysian Idol Cetus Kontroversi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustazah Asma Harun Sebak Anak Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Tempoh 7 Bulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dah Sedap…Tak Mahu Tanggungjawab, Sikit Masa Lagi Identiti Artis Ini Akan Didedahkan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Cukup-cukuplah…Kan Saya Dah Ambil Cek Semalam? Itu Pun Lepas Saya Tanya!” – Atu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Artis Biadab Gara-gara Trend Terbaru Di Twitter, Scha Alyahya Terkejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Nak Jadi Aliff Syukri Ke Tak Berhenti Buat Kontroversi? “ – Azhar Sulaiman Risaukan Leona

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dengan Sekali Lafaz, Janna Nick Sah Bergelar Isteri Dini Schatzmann

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Delimawati Diuji Lagi, Selepas Hilang Anak Lelaki Tahun Lalu, Anak Perempuan Pula Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Takkan Lari Sebab Dah Sedia Jika Terjumpa” – Dalia Nafi Sindir Ubai Dan Shila Dalam Lagu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Penipu Berperwatakan Alim Dalam Bidang Bisnes, Suami Heliza Helmi Bakal Failkan Saman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sedondon Berbaju Biru, Sharnaaz Ahmad Tunang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Saya Tak Okay” – Melancong Ke Dubai Tanpa Suami, Nelydia Senrose Beri Bayangan Patah Hati

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Gemar Langgan Gigolo Dan Mak Nyah, Hos Lelaki Selalu Berpantun Membuak-buak Nafsu Songsang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd