Bapa kepada pengantin perempuan, Datuk ND Lala dilihat meninggalkan majlis selepas selesai majlis akad nikah anaknya, Shila Amzah dan Ubai, pagi tadi.
ND Lala atau Amir Amzah Salleh hadir pagi tadi dengan baju melayu berwarna putih, mengikut tema majlis hari ini.
Malah beliau juga dilihat mengelak pihak media yang menunggu di luar dewan majlis.
Menguatkan lagi dakwaan apabila kelibat ND Lala juga tidak kelihatan ketika sesi bergambar bersama keluarga.
Sementara itu, ibu pengantin perempuan, Fauziah Sarman tidak mahu ditemuramah.
Terdahulu tercetus spekulasi rumah tangga ND Lala bersama isterinya Fauziah Sarman bergolakan apabila timbul desas-desus pelakon legenda tersebut berkahwin lagi.
Tidak lama selepas spekulasi bertebaran, Fauziah seakan mengiyakan kontroversi tersebut apabila memuat naik foto seorang wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abdul Ghani. – BOOM!