Aktor sinetron Indonesia, Frans Nickolas mendedahkan tabiat gemar menonton filem porno menyebabkannya ketagihan.
Frans mengakui, dia mula ketagih menonton bahan pornografi sejak zaman sekolah dan ia berlanjutan selepas berkahwin.
Ekoran tabiat buruk berkenaan, lantas memberi kesan kepada keharmonian rumah tangganya dan merasakan berlaku curang terhadap isteri sendiri.
“Saya sudah mula ketagih menonton filem porno sejak zaman sekolah sehinggalah sudah berkahwin.
“Memang isteri marah dengan tabiat buruk saya itu. Cuba bayangkan seorang yang kita cintai dan tinggal bersama, hakikatnya memilih hidup dipenuhi fantasi.
“Apa yang telah saya lakukan itu seperti curang dengan isteri sendiri,” akuinya memetik laporan KapanLagi.
Bagaimanapun Frans cuba menangani sikap negatifnya dengan mendapatkan nasihat pakar, selain mendekatkan diri kepada agama.
“Sebelum ini saya anggap ia hanya perkara biasa dalam kalangan lelaki. Ternyata ia memberi kesan tidak sihat termasuk perkahwinan yang dibina.
“Saya cuba bersikap terbuka ketika awal proses pemulihan selain mendekatkan diri dengan agama,” ujarnya. – BOOM!