Rapper terkenal antarabangsa, Kanye West dilaporkan tidak lagi berstatus billionaire selepas perjanjian bersama jenama sukan ternama dunia, Adidas ditamatkan.
Memetik laporan TMZ, punca kontrak ditarik balik dipercayai akibat kenyataan antisemitik disuarakan Kanye sehingga mencetuskan kemarahan warga Amerika Syarikat.
Meskipun tidak dinyatakan jumlah kerugian dialami Kanye, namun tindakan drastik Adidas itu diandaikan memadai untuk membuatkan penyanyi terbabit muflis.
Difahamkan, jalinan kerjasama antara selebriti berkenaan dengan Adidas berjumlah kira-kira RM7 bilion dan tanpa pendapatan tersebut, nilai Kanye merosot kepada RM1.9 juta sahaja.
Ekoran itu, harta dimiliki Kanye kini cuma menerusi beberapa aset hartanah, katalog muzik, wang tunai, termasuk kadar lima peratus saham daripada bisnes pakaian diusahakan bekas isterinya, Kim Kardashian.
Lebih teruk, jenama-jenama seperti MRC, Balenciaga serta agensi Creative Artist juga dikhabarkan mengakhiri kolaborasi mereka dengan penyanyi rap bermasalah itu.
Manakala syarikat pengeluar barangan Gap pula telah mengeluarkan semua produk melibatkan Kanye dari pasaran serta menutup operasi kedai dalam talian Yezzy Gap. – BOOM!