Kemenangan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) masih hangat diperkatakan.
Mungkin ramai yang lupa bahawa lagu ciptaan Raja Nazrin Shah, manakala lirik oleh Fazleena Hishamudin itu diadili oleh barisan juri profesional dan berpengalaman.
Antaranya ialah Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet dan ramai lagi.
Namun kemenangan mereka dipertikai oleh sesetengah pihak dan perkara ini mendapat perhatian komposer dan penerbit lagu, Damian Mikhail.
“SOG dan Shila Amzah menang AJL. Kecoh warganet dan industri.
“Apa kata cari alasan meraikan kemenangan orang boleh tak? Raikanlah mereka dengan lagu ini.
“Jelas lagi nyata, underground band dah diterima mainstream dan penyanyi mainstream pun diterima underground. Dah bridge the gap, dah matang semua. Collaborate, don’t hate!” tulisnya di Facebook.
Menurut bekas anggota kumpulan VE itu, orang ramai harus belajar meraikan kepelbagaian genre muzik dan jangan berada di takuk sama.
“Di Malaysia ni, audience kita kena belajar meraikan kepelbagaian genre. Jangan jadi macam lembu. Otak dan cita rasa sempit. Zaman rock semua rock. Zaman rap semua rap, zaman RNB semua RNB, zaman balada semua balada. Kan best kalau ada semua dalam satu zaman,” tegasnya. – BOOM!
View this post on Instagram
A post shared by Damian Mikhail ???????? #theseets (@damianmikhailmusic)