Menganggap tiada kepentingan untuk bercerita tentang kisah percintaannya, Syafiq Kyle ambil pendekatan untuk menepis sebarang perihal cinta.
Bagi Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, dia tidak mahu membuang masa melayan gosip cinta dan ingin fokus dengan kerjaya seninya saja.
“Bila jadi macam ni, bukannya saya tak nak jawab, tapi malu jadinya. Ini bukan cinta monyet macam budak-budak.
“Esok lusa dah nak kahwin, takkan nak layan cerita macam ni lagi?” persoalnya sambil menjelaskan hubungannya dengan Mimi Lana berada pada fasa yang baik.
Pelakon siri Nur itu berkata demikian ketika majlis memperkenalkan dirinya selaku duta aplikasi myIOU di Putrajaya baru-baru ini.
Dia mengulas hal tersebut berhubung satu foto dimuat naik Mimi bersama seorang lelaki yang didakwa warganet sebagai kekasih baharunya. – BOOM!