Penyanyi dangdut popular, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berasa berang sebaik mengetahui wajah anaknya, Puteri Nur’ Athirah atau Eira telah disalah guna di Facebook.
Perkara itu didedahkan Amelina menerusi hantaran di Instagram yang meminta orang ramai untuk melaporkan akaun palsu tersebut yang menggunakan foto anak perempuannya sebagai gambar profil.
“Kepada sesiapa yang ada FB, tolong report akaun dengan nama Amira Haslina yang gunakan foto anak saya sebagai gambar profil.
“Biar muka buruk, tetapi jangan menipu! Saya juga akan buat laporan polis,” tegasnya memberi amaran.
Sementara itu Eira menyatakan, foto lama yang dijadikan gambar profil akaun terbabit dipercayai telah dimuat turun penyamar dari laman internet. – BOOM!