Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah menafikan dirinya sedang berbadan dua seperti yang diperkatakan netizen.
“Saya belum hamil lagi… Itu hanyalah perut buncit saya.
“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’. Apa yang saya sorok adalah perut saya, tetapi, orang nampak juga. Jadi, sorok ‘baby’ itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal.
“Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya… Doa-doakanlah,” katanya.
Spekulasi tercetus apabila Shuib memuat naik hantaran di IG berlatarkan lagu berjudul Nanti Kita Seperti Ini yang berkisar kehidupan bersama insan tercinta hingga akhir usia.
Watie atau nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, mengaku anak-anak tiri mahukan adik, namun, buat masa ini, belum ada rezeki buat dirinya dan Shuib.
“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.
Watie berkata, dia dan suami sedar ramai pengikut mendoakan mereka dikurniakan zuriat.
“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami. Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.
“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” katanya. – BOOM!
Sumber: BH ONLINE