[VIDEO] “Setiap Kali Duduk Seorang, Saya Menangis” – Nabil Kongsi Saat Terakhir Dengan Bapa

Pengacara Nabil Ahmad gagal menyeka air matanya ketika sedang mengemudikan siarang langsung program MeleTOP pada Selasa.

Jelas Nabil, air matanya akan terus mengalir setiap kali terkenang akan arwah bapanya Ahmad Ismail yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada 7 Oktober lalu.

BACA: Bapa Hos Popular, Nabil Ahmad Disahkan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Malah dirinya menjelaskan tidak boleh duduk bersendirian dan bertindak untuk keluar bekerja semula bagi melupakan perkara itu buat seketika.
“Banyak lagi tanggungjawab saya belum tunaikan, untuk buat perkara sepatutnya dan beri perhatian pada dia.
“Setiap kali duduk seorang saya akan menangis, saya akan teringat ayah.

“Sebab itu saya bekerja kerana tak mahu duduk seorang. Bila berkerja jumpa orang saya akan rasa okey sedikit. Arwah pergi pun dengan pengakhiran yang baik pada hari Jumaat, “ katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Momen itu turut dirakam dan dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram MeleTOP.
Menerusi program yang berlangsung selama satu jam itu, Nabil turut ditemani pelakon Datin Lisa Surihani selaku hos jemputan.

Allahyarham Ahmad Ismail dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang akibat masalah komplikasi jantung. – BOOM!

Sumber: Gempak

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *