Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menegur perbuatan pensohor media sosial Kak KM yang memaki hamun suaminya selepas menyebabkan keretanya remuk.
Wadi menerusi hantaran di Instagram (IG) memohon para isteri berhati-hati dalam mencari keredaan suami.
“Baru-baru ini, sehari dua ni ada orang tunjuk seorang isteri maki hamun dia maki hamun suami dia. Innalillahiwainnaillahirojiun.
“Macam mana semua orang lain tahu? Puluhan ribu orang tahu dia maki hamun? Sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia tu.
“Reda seorang isteri pada tangan seorang suami, sama sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.
“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan oleh Allah, maka nerakalah tempat seseorang itu dengan dosa tersebut,” tegasnya.
Terdahulu, tular di media sosial Kak KM yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Normah Damanhuri mencetuskan kontroversi dalam media sosial apabila memarahi dan memaki hamun suaminya, Razman Ramli dengan perkataan tidak senonoh.
Wanita itu meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah. – BOOM!