Aktres terkenal Indonesia, Anya Geraldine baru-baru ini teruk menerima kecaman daripada peminat di sana selepas tampil separuh bogel menerusi sebuah video di media sosial.
Dalam video tersebut dapat dilihat Anya sewaktu menjalani satu sesi fotografi sedang mengenakan kostum Mystique, watak daripada filem X-Men.
Bintang utama siri Layangan Putus itu mengakui, dia tidak memakai sarung badan (bodysuit) untuk karakter berkenaan, sebaliknya hanya ditutup dengan solekan berwarna biru agar kelihatan realistik.
Menerusi kapsyennya yang dimuat naik bersama video serta foto, Anya menyatakan dirinya seorang penghibur.
“Cuma ada dua jenis orang sahaja dalam dunia ini sama ada penghibur atau pemerhati.
“Dan saya pilih untuk menjadi gadis yang berada di hadapan khalayak, bukannya hanya duduk diam di belakang,” memetik kata-katanya.
Pun begitu, dek penampilan tanpa seurat benang di bahagian atas tubuhnya itu, ternyata ia telah menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peminatnya, apatah lagi Anya adalah seorang Muslim.
“Percayalah, awak akan menyesal satu hari nanti melakukan ini.
“Bayangkan sedang awak dalam keadaan begini, tiba-tiba nyawa ditarik? Nauzubillah…
“Ibu bapanya tak sedih ke tengok anaknya seperti ini?” antara komen-komen warga dari seberang.
Sekadar info, Anya atau nama penuhnya Nur Amalina Hayati merupakan model, artis dan usahawan yang memulakan karier seninya pada 2016. – BOOM!