Pelakon Syafiq Kyle memilih untuk mengunci mulut mengenai hubungan dengan tunangnya, aktres Mimi Lana.
Tambahan lagi kata Syafiq semua isu melibatkan dia dan Mimi telah diselesaikan secara baik antara mereka.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap mereka berdua.
“Saya ambil maklum dengan isu ini, terima kasih saya nak ucapkan dekat semua yang mengambil berat tentang saya dan juga pihak mimi.
“Saya harap isu ini tak lagi diulaskan lanjut kerana perkara ini melibatkan banyak pihak. Dan saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati dua-dua belah pihak, menyelesaikan perkara ini secara baik,” katanya.
Kata Shafiq lagi, buat masa sekarang dia lebih selesa untuk masing-masing memberi ruang dan fokus kepada keluarga dan kerjaya.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem pendek berjudul Doh bertempat di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad.
Dalam perkembangan lain, lain Syafiq muncul dengan filem Doh bersempena dengan Hari Malaysia.
Doh merupakan naskhah pertama yang dihasilkan oleh produksinya sendiri iaitu Indigo Films.
Mimi dan Syafiq bertunang yang mengikat tali pertunangan pada 21 Januari lalu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos, tetapi dibatalkan. – BOOM!