Sebelum ini kecoh mengenai desas desus mengatakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sudah pun menceraikan isterinya Ira Kazar.
Desas desus itu semakin kuat diperkatakan selepas Ira yang rajin memuat naik video masakan dilihat sudah lama tidak memuat naik hantaran video baharu di akaun TikTok miliknya.
Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Ira dan kakaknya yang sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
Sedang mereka melakukan sesi siaran langsung tersebut, Ira secara tiba-tiba meminta diri kerana mahu menjawab panggilan yang didakwa diterima daripada suami tercinta, Syamsul.
Apa yang menghiburkan ialah Ira dilihat begitu manja menjawab panggilan tersebut dan memanggil suaminya itu dengan panggilan ‘ayang’.
“Sorry sorry, laki (suami) kita call, bye.
Yang, ayang!”
Video tersebut tentunya mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluat dengan gaya yang ditunjukkan anak kepada pelakon, Kazar Saisi itu.
Malah, ada juga yang berpendapat Ira sengaja ‘berlakon’ mendapat panggilan telefon dari Syamsul hanya kerana ingin menutup spekulasi mendakwa rumah tangganya berantakan.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga mereka di Thailand pada 5 Januari lalu. – BOOM!
Sumber: OHBulan