Baru-baru ini, perkongsian pengacara Daphne Iking menerusi video dimuat naik di media sosial memaparkan penyanyi Atilia Haron sedang menyanyi di sebuah kafe.
Difahamkan, dua selebriti yang diketahui ramai memang bersahabat baik itu berada di kafe tersebut adalah untuk mendapatkan tajaan bagi sebuah majlis amal anjuran mereka.
Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan ramai apabila menampakkan tatu pada bahagian belakang badan Atilia yang tampil dengan baju tanpa lengan atau singlet.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik Atilia, bahkan mendakwa penampilan penyanyi itu tidak seiring dengan usianya.
Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan tindakannya serta memberitahu bahawa ia haram untuk umat beragama Islam.
Meskipun ada yang mengecam, namun ada segelintir netizen menitipkan nasihat buat penyanyi itu apatah lagi usia semakin meningkat. – BOOM!