Umum mengetahui pasangan pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering berkongsi momen mereka di laman sosial sebagai kenang-kenangan.
Terbaharu, Aeril telah memuat naik hantaran di belakang tabir ketika penggambaran tudung Wawa Scarves by Wawa Zainal di sebuah pusat peranginan terkenal.
Bagaimanapun kapsyen yang ditulis Aeril pada hantaran tersebut menarik perhatian dan mengundang tawa warganet.
Menerusi ruangan kapsyen, Aeril telah menggelar Wawa sebagai Mak Lampir kerana dirinya sering dimarahi sepanjang penggambaran.
“Macam ni la kalau shoot video hindustan, marah-marah je mak lampir ni,” tulis Aeril disertai emoji kecewa.
Di ruangan komen, ramai pengikut Aeril yang terhibur dengan sikapnya yang gemar menyakat Wawa.
Malah, Wawa turut meninggalkan komen kepada Aeril sambil memohon ampun.
“Minta maaf suami ku, kan panas terik kenalah buat laju-laju,” katanya.
Dalam pada itu, pengikut Aeril dan Wawa turut mendoakan pasangan ini hidup bahagia dan berjaya dalam perniagaan mereka. – BOOM!