Personaliti media sosial, Nur Ameera Khan yang juga adik kepada usahawan popular, Neelofa, enggan mengulas lanjut mengenai foto tularnya di kelab lumba kuda, ketika berada di luar negara baru-baru ini.
Foto tersebut mengundang persepsi negatif orang ramai apabila Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dilihat memegang tiket dan menulis kapsyen seperti sedang melakukan pertaruhan.
“Fikirlah apa yang anda nak fikir. Kerja saya ialah tunjuk apa yang saya nak tunjuk. Apa sahaja yang orang nak ambil daripada apa yang saya kongsikan, terpulang.
“Memang apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja. Saya tidak kisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kolaborasi Disney x Naelofar, pada Khamis.
Tambah Ameera lagi, setiap orang berhak memberi sebarang tanggapan masing-masing. – BOOM!