Penceramah selebriti Da’i Syed mengundang kecaman netizen apabila dilihat seperti mempersendakan Palestin menerusi TikTok livenya baru-baru ini.
Menerusi siaran langsung tersebut, Syed memakaikan gincu pada bibir isterinya, Hana tetapi sengaja dicomotkan.
Bagaimanapun Syed telah mengeluarkan kata-kata yang dianggap kurang sesuai dan tidak sensitif.
“Darah sikit, baru Palestin!,” gurau Syed selepas selesai mengoles lip matte ke bibir Hana.
Syed turut didakwa sebagai menunggang isu Palestin untuk berniaga dan mempromosikan gincu jenama isterinya itu.
“Tak sesuai bergurau begini. Tak fikir ke tentang penderitaan mereka di sana?”, kata warganet.
“Spesis ni memang layak diboikot!”, kata yang lain pula.
Dalam video tersebut juga, Hana kelihatan kurang selesa dengan tindakan suaminya itu.
“Tak baik tau sayang, langsung orang tak mahu beli lip matte i dah,” getus Hana. – BOOM!