Semalam tular satu video yang memperdengarkan bekas ahli kumpulan In-Team iaitu Suhaimi berhujah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU).
Menurut suami kepada Ina Naim itu, ahli-ahli politik yang bertanding tidak ubah seperti sedang berjudi kerana meletakkan wang pertaruhan jika mahu menjadi calon.
Tambah Suhaimi, seandainya calon tersebut gagal menjadi pemimpin di kawasan tersebut, duit yang diletakkan akan ‘hangus’ begitu sahaja.
Dia juga dengan tegas menjelaskan tidak akan keluar mengundi pada PRU akan datang kerana memegang teguh pendiriannya yang enggan terlibat dengan judi.
Sehubungan dengan penerangan Suhaimi, rata-rata warganet mengakui ‘pening’ kepala mendengar penjelasan penyanyi nasyid berkenaan yang menyifatkan hujahnya sebagai mengarut.
Mereka juga dilihat mempersoalkan kenyataan artis itu dengan mengatakan jika rakyat tidak keluar mengundi sudah tentu tiada sesiapa yang akan memerintah negara. – BOOM!