Baru-baru ini personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim telah berkongsi aksi comel anaknya, Nik You Rina yang menyebut kalimah ‘Allahuakbar’ dengan lancar di media sosial TikTok dan Instagram.
Menerusi video tersebut, Rina mengangkat takbir, beraksi seperti orang mahu memulakan solat.
Maryam yang melihat aksi tersebut terkejut dan berulang kali meminta Rina menyebut ‘Allahuakbar’.
Di ruangan komen, rata-rata memuji Ryzal dan Maryam dalam mendidik puteri sulung mereka itu.
Menurut netizen, kelakuan Rina merupakan cerminan kedua ibu bapanya dan aksi dilakukan si kecil yang belum mencecah dua tahun itu membuktikan ibu dan ayahnya solat di rumah.
“Tu maknanya dia selalu tengok mak ayah solat…”
“Tahniah sebab didik anak, biar dia tengok kita solat…”
“Teruskan didikan yang baik Maryam, Ryzal…Semoga Rina membesar sebagai anak yang soleh,” antara komen positif ditulis netizen. – BOOM!