Selepas memuat naik foto tidak bertudung, pelakon Mawar Rashid akhirnya tampil membuat kenyataan mengenai keputusannya itu.
Mawar menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia sudah mencuba untuk istiqomah tetapi gagal.
Kata Mawar lagi, dia juga sedang mencuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT.
Dalam hantaran itu juga, Mawar mengakui tindakan dilakukannya bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan contoh.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepasa semua yang menitip doa dan memberi kata-kata semangat.
Awal pagi semalam, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik hantaran tidak bertudung.
Mawar turut memohon maaf di ruangan kapsyen dengan keputusan yang diambilnya itu. – BOOM!