Tiga juri profesional All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat menafikan
wujud isu pilih kasih dalam pertandingan tersebut.
Ketua juri, Datuk Ramli MS berkata tidak pernah wujud sebarang unsur pilih kasih dalam pembahagian markah atau ketika memberi komen.
“No tidak, saya tak rasa wujud isu tentang pilih kasih,” tegas Ramli atau lebih mesra dengan penggilan Tok Ram.
Sementara itu bagi Syafinaz pula, sebagai juri mereka menjalankan tugas dengan profesional.
“Saya rasa komen kami mungkin berlapik tetapi tiada favoritism (pilih kasih). Kalau ada favoritism rasanya tak akan keluar semua bintang sampai akhir.
“Kami semua profesional dan bercakap benda yang benar, apa yang kami nampak. Kadang-kadang benda itu mungkin pada anda okay.
“Sebagai contoh bila saya komen menyanyi sharp, orang bersorak kerana mereka tidak faham apa yang kami maksudkan.
“Mungkin mereka anggap ia adalah satu pujian sedangkan tidak,” katanya.
Terdahulu, terdapat beberapa komen netizen media sosial yang menyatakan rasa tidak puas hati tentang ulasan dan juga pemarkahan juri terhadap beberapa bintang GV10 di konsert ketiga ini.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104). – BOOM!
Sumber: ASTRO GEMPAK