Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada pada malam tadi telah berkongsi luahan perasaannya di ruangan Instagram Stories.
Menerusi hantaran itu Shuhada mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah meninggalkan parut kekal di wajahnya.
‘Coretan seorang Shuhada’ itu turut membayangkan individu yang dimaksudkan tidak pernah bertanggungjawab terhadap rumah tangga dan hanya berlagak sebagai mangsa selama ini.
Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan individu terbabit mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT kerana perbuatan yang telah dilakukan.
“Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyeasalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut, play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ini tak pernah salah.
“Never contact again was as bullshit, yang pasti dia punya stalk I baca every comments is a joke haha.
“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang.
“Kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia bagus, boleh buat kau bahagia teruskan, yang pasti ALL THE BEST!
“Allah tahu kau tak pernah beli BERAS! Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balaslah seberat berat kifarah buat anda dan anda, hal ini kerana, ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah!,” luahnya keras.
Semalam, Shuhada telah berkongsi hantaran bahagian pipinya yang cedera di IG Stories dan telah menarik perhatian ramai.
Susulan itu media melaporkan, isteri seorang pelakon membuat laporan polis kerana dicederakan suami pada bahagian muka.
Rata-rata wargamaya mengaitkan berita tersebut dengan insiden yang berlaku kepada Shuhada.
Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. – BOOM!