Penyampai radio, pelawak dan usahawan, Shuib tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan mengatakan syarikat yang diasaskannya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi para pekerjanya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, walau bagaimanapun dia akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan yang dikeluarkan tersebut.
“Saya tak nak komen apa-apa cuma buat masa sekarang saya dan pihak pengurusan Bubble Bee masih lagi dalam perbincangan mengenai dakwaan ini.
“Dan bagi menjawab soalan ini, apa yang saya boleh katakan ialah kami tidak boleh menidakkan benda yang betul dan kami juga tak boleh menidakkan benda yang salah.
“Insyaa-Allah bila saya dan pihak pengurusan dah bersedia untuk berikan jawapan dan keterangan, saya akan bagi.
Terdahulu, tular satu hantaran dimuat naik seorang individu di TikTok yang mendakwa syarikat Bubble Bee yang diasaskan pelawak berusia 39 tahun itu tidak membayar caruman KWSP pekerjanya sejak dari awal tahun 2023. – BOOM!
Sumber: OH! BULAN
BACA: “Tipu Elaun, Gaji Lambat, Makan KWSP Staff…” – Individu Dakwa Ditipu Syarikat Minuman Bubble Bee