Bapa kepada pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay iaitu Datuk Jasmay Md Shah, 68, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi akibat kanser paru-paru.
Menurut sumber, Allahyarham Jasmay telah didiagnos menghidap kanser tersebut lebih setahun lalu sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada Mac 2020.
Difahamkan, bapa Liyana menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Liyana ketika dihubungi cuma mengesahkan tentang perkhabaran duka itu dan tidak berkesempatan untuk berkongsikan maklumat terperinci.
Arwah meninggalkan balu, Datin Habsah Simpon, 64, termasuk empat orang anak.
Selain Liyana yang merupakan anak bongsu pasangan tersebut, tiga lagi anak mereka ialah Juzaili, 44, Faradilla, 41 dan Adriana, 39. – BOOM!