Tindakan seorang selebriti lelaki berstatus bujang yang mengambil anak angkat perempuan menimbulkan persoalan kerana didakwa menyalahi undang-undang.
Pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya Ali berkata, dia sudah beberapa kali membuat laporan berhubung perkara itu.
“Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?
“Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?,” katanya.
Dalam masa sama, Siti Nursuraya mendedahkan terdapat juga selebriti yang menggunakan anak angkat mereka sebagai kandungan untuk meraih populariti.
“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” katanya.
Siti Nursuraya mendedahkan perkara itu selepas diundang ke stesen radio Kool101 oleh penyampai Haiza dan Muaz, pagi Rabu. – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO